Best gila kot cita nie. lawak time usup lari tuh, haha ! susah kalau nak cita. pegi tengok sendiri laa kalau nak tau macam mna lawaknya tu. Suka suka suka :)
Copy dari kosmo jee :
Menurut pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid, filem ini mendapat kutipan sebanyak RM330,000 pada hari pertama tayangannya iaitu pada 9 Disember 2010. Pada hari kedua tayangan, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah berjaya mendapat jumlah kutipan sebanyak RM870,000 iaitu pada 10 Disember 2010. Hari ini sudah masuk ke tarikh 12 Disember, mungkin jumlah kutipan filem ini sudah mendekati angka dua juta keseluruhannya. Namun kutipan 1.2 jta tu masih belum di sahkan oleh FINAS (Perbadanan Filem Nasional Malaysia).
Filem Hantu Kak Limah mendapat reaksi penonton kerana dua sebab. Sebab pertama, filem ni adalah sambungan kepada filem Zombi Kampung Pisang yang mana ramai nak tahu apa yang akan terjadi kepada Husin dan kawan-kawan sekampungnya. Sebab kedua, filem ni mengandungi dua elemen utama iaitu seram lawak yang disukai jutaan penonton. Filem Ngangkung pula dikatakan mendapat kutipan 10 juta sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment